Biografi ringkas Henri Chambert-Loire

Beliau tamat kursus penuh Stkolah Sains Sosial (Perancis), menerima Ijazah Sarjana dalam Sastera Kontemporari (1970) (pada tahun 2003 di sana juga menjadi profesor) dan bersamaan dengan itu belajar bahasa Indonesia di Institut Nasional Bahasa dan Peradaban Timur (1967). Di bawah arahan Denis Lombard beliau mempertahankan tesis PhD mengenai karya penulis Indonesia Mokhtar Lubis di Universiti Paris[1].

Sejak tahun 1971 beliau menjadi karyawan Sekolah Perancis bagi Timur Jauh. Pada tahun 1971-1976, 1980-1986, 1994-1999 beliau bekerja di Indonesia, pada tahun 2003 - 2013 mengetuai jabatan penyelidikan sekolah itu. Pada tahun 2013-2015 beliau adalah Felo Penyelidik di Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya (Kuala Lumpur). [2]. Pada tahun 1974-2017, beliay menjadi ahli dewan pengarang jurnal "Arshipel" (Kepulauan) [3].Beliau menghasilkan lebih daripada 100 karya ilmiah, menerbitkan sejumlah manuskrip sastera Indonesia dan terjemahan karya penulis Indonesia ke dalam bahasa Perancis, menyiapkan dan menerbitkan kamus slanga pemuda Indonesia (prokem) [4].